#htmlcaption1 House Of Vitamin SHAKLEE Products! Jom Ikut Cara Rasulullah S.A.W #htmlcaption2 Stay Connected - credit for www.almukminin.sg credit for www.almukminin.sg credit for www.almukminin.sg

Friday, February 28, 2014

Tip Rawat Demam

Assalamualaikum, entry kali ini saya ingin berkongsi ilmu yang dibaca berkaitan Tip Bagaimana Merawat Demam. Semoga ianya bermanfaat untuk kita bersama..

Antara tip-tip yang dinyatakan ialah:


Tidak perlu elak air batu!
Selalu kita dengari ibu bapa yang melarang keras anak-anak mereka mengambil ais semasa diserang demam. Namun hakikatnya, tiada sebarang kajian menunjukkan bahawa air batu dilarang semasa demam sebaliknya digalakkan terutama untuk mereka yang mengalami masalah tonsil.


Mengeluh lambatkan penyembuhan
Berdasarkan satu kajian di Australia dikatakan semasa dalam tekanan sel sel darah putih akan mengeluarkan satu neurotransmiter iaitu neuropeptide y, satu bahan kimia yang merencat sistem pertahanan tubuh. Oleh itu, penyakit akan lambat sembuh jika anda mengeluh dan merasa tertekan.
Anda dinasihatkan untuk mengamalkan pemikiran psikologi berbalik (reverse psychology) bagi merawat demam. Sebagai contoh katakan pada diri bahawa demam yang dialami hanya beberapa hari selebihnya anda sihat!
Anda juga dicadangkan bertenang, menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan bagi membantu meningkatkan kapasiti oksigen yang masuk ke dalam paru-paru untuk dihantar ke kawasan tubuh dan sendi yang terasa sakit. Pendek kata, anda perlu bersikap positif!
Teknik Wet Socks
Mungkin kedengaran pelik, namun ketahuilah teknik ini mampu merawat demam yang anda hadapi mahupun si kecil. Caranya ambil sepasang stoking dari material kapas, basahkan dan pakaikan kepada mereka. Pastikan ia cukup panjang bagi menutup bahagian buku lali. Ulangi hingga  suhu tubuh turun.

Mulakan dari kaki
Seawal bayi lagi kita boleh mengurangkan risiko terkena demam panas dan jika kena pun tidaklah dalam masa yang lama. Perhatikan semula cara memandikan bayi. Amalkan memandikan mereka dari kaki baru lah naik hingga ke kepala. Teknik ini juga amat digalakkan untuk orang dewasa.

Probiotik pulihkan demam
Secara umumnya probiotik adalah bakteria baik yang melekat pada dinding usus manusia untuk menjadikan manusia kekal sihat dan kuat. Ia menggalakkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik. Menurut Profesor Patricia Conway dari Pusat Inovasi Biomarin Sains Bioteknologi dan Biomolekul, Universiti New South Wales, Sydney probiotik mampu memulihkan demam dan mempertingkatkan pertahanan badan.





Hindari kafein ketika demam!
Hindari penggunaan kafein ketika demam kerana ia membuatkan tubuh menjadi kering.



Jangan selimut
Saat demam ramai yang suka menyelimuti tubuh dengan selimut dan pakaian yang tebal!. Ternyata ia silap besar. Udara tubuh yang panas tidak boleh keluar yang mengakibatkan suhu naik dengan mudah dan mendorong kekejangan.

Ambil suhu badan
Sebaiknya ukur suhu ketiak dengan termometer empat kali sehari setiap empat ke lima jam.

Tidur dan rehat
Tidur dan rehat merupakan kunci utama agar demam yang dialami segera sembuh. Ia mamberikan kesempatan kepada tubuh untuk menghasilkan antibodi dan melawan virus dengan efektif. Kurangkan aktiviti dan kalau boleh ambil cuti rehat. Walaupun olahraga dikatakan baik untuk melawan demam, namun di saat anda mengalami demam panas, ia bukanlah pilihan yang baik.

Banyak makan buah
Buah-buahan juga salah satu cara untuk melawan demam. Pilihlah buah yang mengandungi air seperti oren, epal, belimbing. Ia kaya dengan vitamin yang meningkatkan daya tahan tubuh sehingga membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Jika anda sukar menelan dan tekak terasa pahit, jadikan jus buah sebagai alternatif.

Madu beri tenaga segera
Madu mengandungi kalori yang tinggi dengan penghasilan gula dalam bentuk monosakarida yang terus diserap ke dalam darah tanpa perlu pencernaan di dalam tubuh manusia. Satu sudu besar madu menghasilkan 64 kcal tenaga, berbanding satu sudu besar gula pasir menghasilkan 46 kcal tenaga. Madu memberikan kesan antimikrob iaitu menghalang pembiakan kuman-kuman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Madu asli juga memiliki daya antiseptik serta kandungan vitamin C yang tinggi.

Makan ubat penurun panas
Pemberian ubat penurun panas tujuannya bukan menurunkan paras atau menyembuhkan penyakit melainkan memberi rasa selesa dan mengurangi rasa sakit. Para peneliti di Hospital Great Ormond Street menyatakan ubat demam hanya melambatkan waktu pemulihan.

Tuam dengan air suam
Gunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam bagi meredakan demam yang dialami. Letakkan di dahi, leher, sekitar bawah lengan dan seluruh tubuh jika demam yang dialami sangat panas.
Walaupun menggunakan air sejuk kelihatan leih nyaman dan membuatkan suhu turun dengan cepat, ia hanya sekejap sahaja kerana suhu akan naik semula dengan cepat. Berendam dengan air suam juga mampu menurunkan demam dengan cepat.
Makan makanan bernutrisi
Makan makanan bernutrisi pada saat demam akan membantu meningkatkan daya tahan tubuh dan demam akan cepat turun. Pilihlah makanan yang mudah dicerna seperti bubur.

Perlu mandi atau tidak????
ADA pendapat yang menyatakan elakkan mandi saat tubuh diserang demam. Ketahuilah, ia hanya mitos sahaja! Bahkan mandi dengan air suam mampu membuatkan pori-pori dan pembuluh darah membesar sehingga mampu mempercepatkan proses panas tersebut keluar dari tubuh.
Mandi juga mampu menimbulkan rasa nyaman dan membunuh segala kuman di permukaan kulit.
Sup ayam sembuhkan demam?
SUP panas dikatakan penawar mujarab untuk individu yang diserang demam. Sebenarnya panas sup tersebut yang memberi kelegaan kerana ia mampu mencairkan hingus sekali gus memastikan peredaran udara dalam hidung berjalan sempurna.
Malah bahan-bahan yang digunakan seperti halia yang membantu dalam proses penyembuhan. Bawang putih dan bawang merah dikatakan bersifat anti viral. Halia pula telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia.
Kajian penyelidik Universiti Maryland, Amerika Syarikat mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam dua sudu besar halia segar yang dicincang di dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari.
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semula jadi yang kuat. Selain itu, zat protein daripada ayam merupakan zat penting untuk tubuh kita melawan virus. Penyediaan sup biasanya tanpa minyak juga dilihat sebagai kaedah masak yang sihat.
(credit)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...