#htmlcaption1 House Of Vitamin SHAKLEE Products! Jom Ikut Cara Rasulullah S.A.W #htmlcaption2 Stay Connected - credit for www.almukminin.sg credit for www.almukminin.sg credit for www.almukminin.sg

Wednesday, February 19, 2014

Apa khasiat berjalan ke Masjid?

Apa khasiat berjalan ke Masjid?

Sebagai orang islam, kita dianjurkan untuk menunaikan solat berjemaah di masjid. Tujuan utama ialah untuk mendapat pahala dan keredaan Allah SWT selain mendapat pahala solat berjemaah, kita juga akan memperoleh pahala hasil daripada menggunakan kedua-dua kaki kita untuk berjalan menuju ke rumah Allah itu. Banyak hadis-hadis yang menerangkan ganjaran pahala bagi mereka yang berjalan kaki menuju ke masjid.

Antara hadis tersebut ialah dalam riwayat Muslim, daripada Abu Musa r.a., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Orang yang paling besar pahala solatnya ialah orang yang paling jauh perjalanan menuju ke masjid.”

Selain mendapat pahala yang besar, berjalan kaki ke masjid juga mempunyai nilai kesihatan yang begitu tinggi. Ia merupakan salah satu bentuk olahraga yang memiliki manfaat yang tidak terhingga. Olahraga ini mampu menguatkan dan meningkatkan aktiviti tubuh atas izin Allah s.w.t.

Beberapa manfaat kesihatan yang diperolehi melalui berjalan kaki ke masjid adalah:

  • Dapat menghindarkan diri daripada penyakit-penyakit yang timbul daripada sifat malas bergerak, sering duduk dan kurang melakukan senaman. Berjalan kaki dapat membakar lemak-lemak berlebihan yang terkumpul di dalam tisu-tisu badan.
  • Mengaktifkan jantung untuk melancarkan peredaran darah. Ini membantu untuk merendahkan kadar kolestrol, merendahkan tekanan darah dan melancarkan proses pencernaan makanan selepas makan.
  • Mengurangkan tekanan perasaan dan stress. Senaman ringkas seperti berjalan kaki mampu meningkatkan hormon Endorfin yang berfungsi memberikan perasaan gembira dan tenang. Maka, berjalan kaki merupakan cara mudah untuk mengurangkan tekanan dan stres yang disebabkan oleh tekanan hidup sehari-hari yang tidak pernah berakhir.
  • Berjalan kaki merupakan satu senaman yang mampu dilakukan oleh semua orang. Ia tidak terlalu kasar seperti bermain bola sepak dan ragbi dan tidak melelahkan seperti marathon. Namun gerakannya juga mampu memberi kesan kepada otot, sendi dan juga tulang. Ia memiliki risiko yang paling rendah untuk berlakunya kecederaan seperti terseliuh dan kekejangan
  • Bagi orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan, berjalan kaki ke masjid sangat membantu untuk mengatasi masalah mereka. Sebagai contoh, orang yang berjalan kaki sejauh 4 kilometer, dia akan membakar 200-250 kalori atau bersamaan 22-28 gram lemak dalam badan.

Kesimpulan kesihatan daripada berjalan:

Cara yang sangat mudah untuk sihat. Hanya dengan berjalan kaki ke masjid, kita akan mendapat banyak keuntungan seperti ganjaran pahala, mendapat tubuh yang seimbang dan mengelakkan pelbagai penyakit yang disebabkan oleh kurang bersenam.
Sekiranya rumah kita terletak tidak jauh dari masjid, seboleh-bolehnya kita menggunakan kedua-dua kaki kita untuk menuju ke masjid. Tetapi jika rumah kita agak jauh dari rumah Allah dan terpaksa menggunakan kenderaan, mungkin kita boleh parkir kenderaan sedikit jauh dari masjid agar kita berasa nikmat menggerakkan kedua-dua kaki kita.

Teks: Dr. Farhan Hadi Mohd Taib - Sumber Dari Majalah GenQ

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...