#htmlcaption1 House Of Vitamin SHAKLEE Products! Jom Ikut Cara Rasulullah S.A.W #htmlcaption2 Stay Connected - credit for www.almukminin.sg credit for www.almukminin.sg credit for www.almukminin.sg

Tuesday, February 18, 2014

Asas kesihatan dan kecergasan diri

MUNGKIN anda terlupa. Untuk kekal sihat dan cergas, kesihatan perlu dijaga secara optimum melalui rutin disiplin dan gaya hidup sihat setiap hari. Antaranya, tidur cukup, bersenam setiap hari, amalkan pemakanan sihat dan melakukan pemeriksaan kesihatan selain bersukan.
Justeru, apa tunggu lagi.. Jom kita kekalkan kesihatan dan kecerdasan diri.. ~ sumber utusan online daripada DHIYA'ZULHILMI DAUD


Nasihatnya dalam kesihatan dan kecergasan diri untuk panduan saya dan rakan-rakan ialah:

CUKUP TIDUR:

TIDUR sekurang-kurangnya enam jam sehari dapat memastikan tubuh berasa segar serta mendapat rehat secukupnya.
Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kesihatan jantung, mengurangkan tekanan, menguatkan ingatan, mengurangkan risiko kemurungan dan membantu memperbaiki sistem badan.

MENGGELIAT:

SEMASA tidur, tubuh melakukan proses pembuangan pelbagai toksin dan membaiki sel. Amalan menggeliat sejurus bangun daripada tidur dapat mengaktifkan pembuluh-pembuluh limfa termasuk limfa utama yang akan terbuka dengan cepat. Akhirnya, tubuh secara tidak langsung mampu mempercepatkan proses membawa keluar sisa-sisa toksin melalui pembuangan najis dan kencing.

PIRAMID MAKANAN:

JADIKAN piramid makanan sebagai panduan dalam pengambilan makanan sihat. Kandungan yang terdapat dalam piramid makanan dapat membantu seseorang mengawal pengambilan kalori yang diperlukan setiap hari. Selain itu, amalkan konsep 3K iaitu kurang manis, kurang masin dan kurang minyak.

AIR KOSONG:

MINUM air kosong selepas bangun dari tidur dapat meningkatkan kadar metabolisma badan kerana ia membantu seseorang menjadi lebih peka dan segar
kerana kadar peningkatan tenaga dalam badan.

BERSENAM & BERSUKAN:


MELALUI bersukan, badan akan menghasilkan hormon precursor iaitu sejenis protein dalam darah yang dinamakan preopiomelanocortin. Bahan ini ditukarkan oleh badan kepada endorphin iaitu sejenis molekul yang bertindak sebagai pembawa ketenangan dalam fikiran dan jiwa seseorang setelah melakukan aktiviti fizikal. Sebab itu, kita dapat merasakan keceriaan yang berpanjangan apabila melakukan senaman secara konsisten.

--------
Jom Sihat dan Cergas Untuk Mengabdikan Diri Kepada Allah S.W.T.. Sesungguhnya Nikmat Daripada Allah S.W.T Amatlah Luas..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...