Mengapa pendarahan awal kehamilan berlaku? jom kita lihat jawapannya. (credit)
Spotting ialah pendarahan ringan daripada vagina yang seakan-akan
haid, tetapi lebih sedikit. Ia berbeza daripada segi warna iaitu merah
kecoklatan. Walaupun normal, pendarahan ringan semasa kehamilan
terutamanya semasa tiga bulan pertama ialah perkara biasa. Sebanyak 15
hingga 25 peratus wanita dilaporkan mengalami pendarahan pada trimester
pertama mereka.
Ini selalunya disebabkan oleh sesuatu yang minor atau hanya salah
satu perkara biasa. Namun ia juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang
lebih serius dan boleh membahayakan anda selain menimbulkan risiko
terhadap kehamilan. Sebab itu amat baik untuk menganggap sebarang
pendarahan semasa kehamilan itu sebagai perkara serius dan perlu
mendapatkan pemeriksaan doktor.
Mengalami pendarahan
Jumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan nasihat, walaupun
pendarahan itu berhenti selepas sedikit masa. Anda mungkin memerlukan
pemeriksaan vagina atau ujian imbasan ultrabunyi untuk mengesan sebarang
komplikasi selain memastikan anda dan bayi adalah sihat. Anda mungkin
akan menjalani ujian urin kehamilan dan ujian darah (untuk memeriksa
tahap hormon anda).
Pemeriksaan menggunakan imbasan ultra bunyi melalui faraj (vagina)
selalunya adalah yang terbaik untuk memeriksa sama ada semuanya baik
atau tidak. Kesakitan abdomen yang teruk dan berlarutan dengan
pendarahan ataupun tiada, mungkin ia tanda kehamilan di luar rahim atau
kehamilan ektopik yang memerlukan anda mendapatkan rawatan di hospital
dengan segera.
Punca pendarahan semasa awal kehamilan
Terdapat banyak punca pendarahan pada awal kehamilan dan
sesetengahnya lebih serius daripada yang lain. Terdapat dua punca biasa
yang menyebabkan pendarahan awal dan selalunya akan berhenti dengan
sendiri tanpa sebarang masalah. Pendarahan tersebut ialah pendarahan
penebusan (breakthrough). Ini kerana hormon yang mengawal kitaran haid
anda boleh menyebabkan pendarahan penebusan apabila tiba masa haid
sekiranya tidak hamil. Sesetengah wanita mengalami pendarahan seperti
ini lebih daripada sekali semasa kehamilan, selalunya pada masa biasa
kitaran haid mereka. Selain itu, keadaan ini mungkin disebabkan oleh
pendarahan pelekatan telur yang disenyawakan akan menempel pada
dinding rahim dan ini menyebabkan pendarahan. Anda mungkin mengalami
sedikit pendarahan yang selalunya berlaku selama satu atau dua hari.
Kesan
Senario paling teruk ialah pendarahan menunjukkan kehamilan anda akan
berakhir. Pendarahan boleh menjadi tanda awal keguguran atau kehamilan
ektopik, terutamanya jika disertai dengan kesakitan abdomen atau
kekejangan.
Anda perlu bersedia untuk menghadapinya tetapi jangan berputus asa.
Bergantung kepada punca, kebanyakan kehamilan boleh diteruskan walaupun
terdapat masalah pendarahan awal. Dianggarkan kira-kira separuh daripada
wanita yang memerlukan bantuan disebabkan pendarahan pada awal
kehamilan berjaya melahirkan bayi mereka.
Risiko kepada bayi
Sukar untuk meramalkan sama ada pendarahan akan berakhir dengan
keguguran atau tidak. Pun begitu, terdapat beberapa perkara yang
menunjukkan kemungkinan keguguran berlaku amat tinggi. Ini termasuk
pendarahan yang semakin banyak, usia anda di bawah 25 tahun atau lebih
daripada 35 tahun, risiko untuk keguguran tinggi, sama ada anda merokok
atau terdedah kepada perokok pasif, kedua-duanya dikaitkan dengan
keguguran dan jika mempunyai sejarah keguguran. (credit)
Profail
Wan Nasuha | Mohd Fikri
Shaklee ID: 1084372
Menetap: PERLIS
Asal: Kota Bharu, Kelantan
Penghantaran: Seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.
Buku Pakej Shaklee
Buku Produk
- Advanced Joint Health Tablet
- Alfafa Complex
- B-Complex
- Caratomax
- Chewable Vita C 100MG
- Cinch Energy Tea Mix
- CoQ Health Plus
- DTX Complex
- Energizing Soy Protein
- Garlic
- GLA Complex
- Herb-Lax
- Krim Herbal Blend
- Lecithin
- Meal Shakes
- Omega Guard
- Ostematrix
- Peppermint Ginger Plus
- Performance Drink
- Vita - Lea Iron Formula
- Vita C 500MG
- Vita-E Complex
- VIVIX
- Zink Complex
Buku Tetamu
Sunday, February 23, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Carotomax Shaklee membantu mereka yang mengalami masalah penglihatan seperti rabun ataupun silau dari menjadi bertambah teruk.Carotomax ad...
-
Assalamualaikum, Hai kawan-kawan, terima kasih kerana sudi singgah ke Blog saya.. hari ni saya suka untuk berkongsi waktu dan masa pengamb...
-
Assalamualaikum, entry kali ini saya ingin berkongsi ilmu yang dibaca berkaitan Tip Bagaimana Merawat Demam. Semoga ianya bermanfaat untuk k...
-
Sumber Bijiran: Nasi 1 1/2 cawan (3 senduk nasi) (200gm) = 260 kalori Nasi Lemak Sambal 1 pinggan (230gm) = 400 kalori Nasi Goreng Te...
-
Assalamualaikum, Salam perkenalan kepada semua... Blog Kimsuyi merupakan blog untuk catatan penulis blog ini serta info-info yang dirasa...
-
Bagaimana dengan aktiviti kecergasan dan kesihatan anda semua? Pastikan anda berada di landasan yang betul serta tahu kelebihan dan kekura...
-
Anda tidak berupaya untuk mengurangkan jumlah umur yang bertambah saban tahun. Sebaliknya, anda mampu melakukan sesuatu untuk mengawet usi...
-
Ramai ibu bapa hari ini mengeluh tentang tabiat anak mereka yang berusia di bawah enam tahun sukar untuk tidur malam. Keinginan mereka u...
0 comments:
Post a Comment